Wednesday, March 11, 2009

SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG


Nama Sekolah : SJK(T)TAMPIN
Alamat Sekolah : Jalan Seremban , 73000 Tampin ,
N.S.D.K.
q No.Kod Sekolah : NBD 5029
q Gred Sekolah :A ( MULAI TAHUN 2002 )
q Kawasan :Bandar
q Keramaian Murid : 556 orang
q Bilangan Guru : 32 orang
q Bilangan bukan Guru : 6 orang
q Luas Kawasan : 1.4 ekar
q Jarak dari JPNS : 50Kmke Selatan
q Status : Bantuan Penuh

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Tamil di Tampin telah ditubuhkan pada tahun 1937 oleh pengembang Agama Kristian.Ia di tempatkan di tingkat atas sebuah rumah kedai di pekan Tampin ini.Semasa itu dua orang guru bertugas di sekolah ini dengan keramaian murid sebanyak 40 orang sahaja.
En.J.Henry telah menjadi Guru Besar di sekolah ini sehingga 1939 .Selepas itu , beliau dinaikkan pangkat sebagai Inspektor Sekolah – sekolah Tamil Negeri Sembilan. En.John Abraham telah mengambilalih tempatnya.

MASA PEMERINTAHAN JEPUN

Pada masa pemerintahan Jepun di Malaya , sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan lain.Semasa itu seramai tiga orang guru yang bertugas sepanjang pemerintahan Jepun iaitu dari tahun 1942-1945, En.John Abraham telah memegang jawatan Guru Besar.

TAHUN 1946-1955


Selepas Perang Dunia Kedua , sekolah ini telah diberi sev buah bangunan sendiri iaitu berhampiran dengan bangunan sekarang .Dua orang guru bertugas dengan jumlah murid sebanyak 50 orang.Pada tahun 1949 , En.John Abraham telah meletak jawatan sebagai Guru Besar dan beliau digantikan oleh En.G.D. Thambidurai.Beliau telah bertugas sebagai Guru Besar selama 3 tahun , iaitu sehingga tahun 1951.Selepas En.G.D.Thambidurai , En.D. Abraham , Guru Penolong Kanan telah dilantik sebagai Guru Besar sehingga sekolah ini diambialih oleh kerajaan pada tahun 1955.


SEKOLAH KERAJAAN
Sebaik sahaja kerajaan mengambilalih pengelolaan sekolah ini dari pengembang ugama Kristian , mereka telah membina sebuah bangunan baru untuk sekolah ini.Nama sekolah juga ditukar,iaitu dari Sekolah Tamil kepada National Type Primary Tamil School, Tampin.Semua guru terdiri daripada kakitangan kerajaan termasuk Guru Besar , En.N.Kandasamy.Sekolah ini telah mendapat segala kemudahan seperti sekolah – sekolah kerajaan yang lain.Jumlah murid semakin bertambah .Murid-murid tahun 6 , telah menduduki Peperiksaan Darjah 5 ,
( Secondary School Entrance Examination )


SELEPAS TAHUN 1957

Mulai tahun 1957, murid-murid di ajar mengikut sukatan pelajaran baru.Murid-murid darjah VI yang telah berjaya dalam peperiksaan Secondary School Entrance Examination telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah Menengah.Pada tahun 1961 , Sekolah Legong Ulu telah dicantumkan dengan sekolah ini.Keramaian murid telah meningkat kepada lebih kurang 129 orang.Untuk mengatasi masalah kelebihan murid, satu bangunan tambahan dibina pada tahun 1963.Bangunan ini mempunyai 2 buah bilik darjah sahaja.


Pada tahun 1966

En.M.Kandasamy telah bersara sebagai Guru Besar dan En.A.Velayutham telah mengambilalih jawatan tersebut.Mulai tahun 1967, peperiksaan Darjah VI ( Secondary School Entrance
Examination )telah digantikan dengan Peperiksaan Penilaian darjah Lima.

Tahun 1973-1980

Satu tandas moden ( flush-system ) telah dibina dan seterusnya pada tahun 1979, Kerajaan telah membina sebuah kantin untuk sekolah ini.Pada 19th Ogos 1980, En.A.Velayutham telah bersara dan beliau digantikan oleh En.S.Arthanary, Guru Besar SRJK(T)Ladang Regent.


Mulai Tahun 1982

Pada tahun 1982, sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah ‘percubaan ’ bagi Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.(KBSR)
Tahun 1999-2003
Pada tahun 1999 , bangunan tambahan tiga tingkat siap dibina.Dengan kerjasama pihak PIBG , PERPUSTAKAAN DR.RL ANNANDAN ,susur Gajah,Pondok menunggu bas, Astaka THIRUVALLUVAR , Papan nama SJK(T)Tampin,tabung kebajikan murid miskin diwujudkan.Pada tahun 2002 bangunan Pra sekolah dan Bangunan Komputer telah didirikan































MATLAMAT SEKOLAH

v Menghasilkan prestasi yang baik dalam bidang akademik iaitu kelulusan keseluruhan dalam UPSR 80%.
v Mempertingkatkan prestasi sekolah dalam bidang sukan di peringkat Daerah dan Negeri.
v Membentuk dan melaksanakan budaya sekolah yang dapat membantu proses P&P yang berkualiti.
v Menghasilkan murid-murid yang berdisiplin,bertanggungjawab,berdikari , dan berilmu yang dapat memenuhi keperluan diri , keluarga , masyarakat dan negara apabila tamat alam persekolah kelak.
v Meningkatkan tahap profesionalisme para guru di samping memupuk kesedaran tanggungjawab serta komitmen kerja yang tinggi.

No comments:

Post a Comment